top of page

RAKAN KONGSI

WhatsApp Image 2025-07-17 at 13.21_edite

Nor Zabetha Bt Muhamad Nor

“It always seems impossible until it's done.” — Nelson Mandela
 

Dalam kehidupan ini, semangat untuk mencuba, berdedikasi dan berani berjuang mempertahankan hak kadangkala kelihatan mustahil. Namun, tanpa usaha dan keberanian untuk melangkah, hak dan keadilan akhirnya akan dinafikan.


Mendukung prinsip inilah, rakan kongsi firma kami iaitu Puan Nor Zabetha Binti Muhamad Nor meneruskan minatnya dalam bidang guaman selama hampir 17 tahun. Minat yang bermula sejak belajar undang-undang di  Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) hingga penerimaannya sebagai Peguamcara & Peguambela Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2009 diteruskan dengan lebih mendalam melalui pengendalian kes-kes litigasi di mahkamah.


Berteraskan seni disiplin "beginner's mind" yang menggalakkan seseorang mendekati setiap pengalaman dengan keterbukaan, rasa ingin tahu dan kerendahan hati. Nor Zabetha mengendalikan setiap kes dengan minat, ketelitian dan strategi. Beliau percaya bahawa kepercayaan anak guam adalah nadi dan keutamaan bagi mana-mana firma guaman. Beliau juga percaya bahawa setiap individu itu menpunyai hak untuk melaksanakan haknya dan didengari.


Minat beliau dalam dunia guaman tidak terhad di mahkamah semata-mata. Nor Zabetha turut memberi perhatian terhadap isu-isu yang membelenggu masyarakat kerana beliau percaya bahawa masyarakat ialah teras negara. Atas prinsip itu, beliau konsisten berkongsi ilmu perundangan dan isu semasa melalui platform media sosial, penulisan dan sesi interaktif bersama masyarakat.


Di luar mahkamah, Nor Zabetha aktif memperjuangkan kesedaran undang-undang melalui program televisyen, radio, artikel, seminar dan sesi perkongsian bersama agensi serta kementerian kerajaan. 
Dengan penglibatan luas di media dan masyarakat, beliau terus melaksanakan peranan bukan sahaja sebagai peguam, tetapi sebagai pendidik masyarakat dan suara kepada isu-isu semasa.

HUBUNGI KAMI

103, Jalan Desa Melawati, Sunway Montana, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Facebook
  • TikTok

Terima kasih kerana menghubungi kami!

 

© 2026 by Nor Zabetha Chinna & Co

 

bottom of page