KELUARGA & PUSAKA
Perkhidmatan kami termasuklah mendapatkan arahan daripada anak guam, meneliti dan menyemak dokumen-dokumen yang berkaitan, menasihati serta memberikan pandangan guaman, menyediakan dan merangka dokumen berkaitan, serta mengurus komunikasi dan urusan susulan dengan pihak-pihak terlibat bagi melaksanakan kerja-kerja seperti yang dinyatakan di bawah:

Perundangan Keluarga (Bukan Islam)- Law Reform Act 1976 (LRA 1976)​
-
Prosiding perkahwinan dan perceraian di bawah LRA 1976;
-
Tuntutan nafkah isteri, nafkah anak dan tunggakan nafkah;
-
Kes penjagaan, hak jagaan (custody), lawatan dan kebajikan anak;
-
Tuntutan dan pembahagian harta;
-
Kes keganasan rumah tangga dan perintah perlindungan;
-
Rundingan dan penyediaan penyelesaian bersama (joint petition / settlement agreement); atau
-
Tuntutan berkaitan pertunangan atau kerugian.
​
​
Perundangan Pusaka & Wasiat (Probate, Estate & Succession):
-
Permohonan Grant of Probate;
-
Permohonan Pentadbir Pusaka;
-
Penyediaan dan pengesahan wasiat bagi bukan Islam;
-
Penyediaan surat amanah (Trust Deed) bagi bukan Islam;
-
Urusan pentadbiran harta pusaka, penilaian aset, pelantikan pentadbir, pembahagian dan penutupan estate; atau
-
Tuntutan harta pusaka yang dipertikai atau tidak dituntut.
​​
​
Litigasi & Pertikaian Keluarga/Pusaka:
-
Pertikaian berkaitan hak penjagaan atau nafkah;
-
Tuntutan dan pertikaian harta sepencarian;
-
Pertikaian antara waris mengenai pembahagian pusaka;
-
Kes penipuan, penyembunyian aset, atau salah urus harta pusaka;
-
Kes keganasan rumah tangga, kes bawah Akta Kanak-Kanak 2001, perintah perlindungan & aduan berkaitan penganiayaan;
-
Perbalahan dan/atau persengketaan waris-waris;
-
Penipuan dan/atau penyelewengan terhadap aset dan/atau harta si mati;
-
Penyelewengan bagi permohonan tadbir pusaka; atau
-
Tindakan mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian keluarga.