top of page
House For Sale Sign

HARTANAH

Perkhidmatan kami termasuklah mendapatkan arahan daripada anak guam, meneliti dan menyemak dokumen-dokumen berkaitan urusan hartanah, menasihati serta memberikan pandangan guaman, merangka dan menyediakan dokumen atau perjanjian yang relevan, serta mengurus komunikasi dan urusan susulan dengan pihak-pihak terlibat bagi melaksanakan kerja-kerja seperti yang dinyatakan di bawah:

​

  • Perjanjian jual beli (Sale and Purchase Agreement–S&P) bagi projek baharu atau sub-sale;

  • Pemindahan hak milik (Transfer of Property/Memorandum of Transfer);

  • Urusan pelepasan gadaian (Discharge of Charge/Deed of Receipt and Reassignment);

  • Urusan pindah milik antara ahli keluarga;

  • Urusan memasukkan kaveat dan pelepasan kaveat;

  • Penyemakan status hak milik dan carian rasmi di Pejabat Tanah;

  • Rundingan dan nasihat dalam urusan jual beli komersial atau pajakan;

  • Perjanjian sewa (Tenancy/Lease Agreement) bagi kediaman atau premis perniagaan; atau

  • Nasihat berkaitan isu tanah.

 

Litigasi & Pertikaian Hartanah:

 

  • Tuntutan berkaitan pelanggaran perjanjian jual beli hartanah;

  • Tuntutan dan pertikaian hak milik tanah atau harta pusaka;

  • Kes pencerobohan tanah dan tuntutan sempadan;

  • Tuntutan bagi perebutan hartanah;

  • Tuntutan terhadap penipuan dalam urusan hartanah;

  • Pertikaian antara pemaju, pembeli, kontraktor atau ejen hartanah;

  • Tindakan berkaitan kaveat, notis hak milik dan pendaftaran tanah; atau

  • Tindakan mahkamah berkaitan urusan hartanah.

 

Sila tekan butang dibawah sekiranya terdapat sebarang soalan-soalan berkaitan khidmat kami.

 

© 2026 by Nor Zabetha Chinna & Co

 

bottom of page