KESEDARAN UNDANG-UNDANG & CERAMAH
Perkhidmatan kami merangkumi penyediaan dan penyampaian sesi ceramah, bengkel latihan, seminar serta perkongsian ilmu berkaitan isu-isu undang-undang semasa. Sesi ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak-hak mereka, prosedur undang-undang yang betul serta langkah-langkah perlindungan yang wajar diambil. Kami menyediakan ceramah kepada syarikat-syarikat korporat, institusi kerajaan, kementerian, sekolah, universiti, NGO, serta mana-mana organisasi bagi topik-topik seperti berikut:
​
Topik Ceramah & Kesedaran Undang-Undang
​
-
Hak-hak pekerja & tanggungjawab majikan di bawah undang-undang pekerjaan;
-
Gangguan seksual di tempat kerja - hak pekerja, prosedur aduan & kewajiban majikan;
-
Keselamatan di tempat kerja & pencegahan buli pejabat (workplace bullying);
-
Hak-hak wanita di bawah undang-undang Malaysia;
-
Hak kanak-kanak & perlindungan terhadap keganasan, pengabaian dan buli sekolah;
-
Keganasan rumah tangga - hak mangsa, proses aduan & perintah perlindungan;
-
Isu-isu undang-undang keluarga, perceraian, hak jagaan & nafkah;
-
Kesedaran mengenai fitnah digital, undang-undang siber & cara mengendalikan laporan polis;
-
Prosedur perundangan asas -bagaimana membuat laporan polis, tuntutan sivil & hak-hak individu;
-
Pencegahan penipuan (scam awareness), salah nyata & hak pengguna;
-
Tatacara syarikat dalam menangani isu disiplin, gangguan, konflik & aduan dalaman; atau
-
Media & undang-undang etika berkongsi kandungan, fitnah dan risiko undang-undang di media sosial.