top of page

Tuntutan Bagi Ganti Rugi Kecuaian Perubatan

NZC

22 Okt 2025

Mahkamah sahkan kecuaian perubatan. Pesakit menerima lebih RM3 juta sebagai pampasan.

SHAH ALAM, 22 Oktober 2025- Pada Januari 2019, seorang bapa mengalami kemalangan sewaktu pulang mengambil anaknya dari sekolah. Kaki kanan patah pada bahagian tulang kering (tibia). Menjalani pembedahan pertama: pemasangan external fixator (bulatan besi di luar kaki bagi menyokong tulang). Pembedahan berjaya dan pesakit stabil namun pergerakan harian terhad.


Pada Mac 2019, pesakit dijadualkan menjalani pembedahan kedua untuk menukar penyokong besi kepada supercutaneous plate demi memudahkan pergerakan. Berlaku komplikasi serius ketika pembedahan: vascular compromise pada salur darah. Selesai pembedahan, pesakit mengalami kesakitan luar biasa; hilang fungsi dan deria rasa pada tapak kaki kanan.


Laporan ortopedik menunjukkan keadaan semakin merosot, tiada bacaan darah, tiada sensasi. Dalam tempoh 6–7 jam, keadaan menjadi kritikal dan kaki terpaksa dipotong kerana tidak lagi boleh diselamatkan.


Firma guaman kami telah memfailkan tindakan terhadap doktor-doktor yang terlibat dan majikan berdasarkan vicarious liability.


Pada 22 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa wujud kecuaian oleh pihak hospital dan doktor yang merawat. Pesakit dianugerahkan pampasan melebihi RM3 juta, merangkumi ganti rugi am, khas, tauladan dan kos.

 

© 2026 by Nor Zabetha Chinna & Co

 

bottom of page