top of page

Risk Alert 2025- Bila Tugas Jadi Taruhan

NZC

16 Jul 2025

LHDNM tingkatkan kesiapsiagaan pegawai hadapi ugutan melalui pendedahan undang-undang dan strategi keselamatan.

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2025- Bahagian Pengurusan Risiko Organisasi, Jabatan Intergriti dan Pengurusan Risiko, LHDN telah menganjurkan webinar “Keselamatan Penjawat Awam: Menghadapi Risiko Ugutan dan Melindungi Tanggungjawab Profesional” pada 16 Julai 2025.


ree

Program ini selaras dengan komitmen LHDNM dalam melindungi warga kerja yang terdedah kepada komunikasi agresif, tekanan emosi dan risiko keselamatan semasa menjalankan tugas. Webinar ini menarik penyertaan seramai 1,796 orang HASiLiAN majoritinya pegawai perkhidmatan pelanggan, perundangan dan audit.


Rakan Kongsi kami, Puan Nor Zabetha binti Muhamad Nor telah dijemput untuk berkongsi tentang ugutan, jenis-jenis ugutan terhadap penjawat awam, tindakan undang-undang yang boleh diambil serta hak pegawai ketika berdepan insiden mengancam keselamatan.

Sesi ini turut menggariskan kepentingan sokongan emosi, tindakan kolektif organisasi dan strategi pengurusan risiko bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan pegawai semasa bertugas.

 

© 2026 by Nor Zabetha Chinna & Co

 

bottom of page