top of page

Merungkai Buli dan Jenayah Seksual : Dari sudut Pandang Undang-Undang

NZC

15 Nov 2025

MBSA Convention Centre - Rakan kongsi kami dijemput untuk memberikan perkongsian ilmu berkaitan buli di tempat kerja serta jenayah gangguan seksual di tempat kerja dengan kehadiran seramai 200–300 peserta.

SHAH ALAM, 5 November 2025 – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Unit Integriti) telah menganjurkan program 1 hari sempena Dialog Integriti Kebangsaan Shah Alam (DIKSA). Rakan kongsi kami telah dijemput bagi satu sesi ceramah bertajuk “Merungkai Buli dan Jenayah Seksual: Dari Sudut Pandang Undang-Undang".


Ceramah ini memberi tumpuan kepada isu buli di tempat kerja, termasuk bentuk-bentuk buli seperti verbal, fizikal, psikologi, siber serta buli kuasa. Penceramah turut menghuraikan punca budaya toksik pejabat serta kesannya terhadap kesihatan mental dan produktiviti pekerja.


ree

Program juga menekankan aspek gangguan seksual di tempat kerja dengan merujuk kepada peruntukan Akta Anti Gangguan Seksual 2022 dan Akta Kerja 1955. Puan Nor Zabetha menjelaskan definisi, bentuk perlakuan, kesan terhadap mangsa termasuk risiko PTSD serta memaparkan contoh-contoh kes yang telah dilaporkan di mahkamah berkaitan gangguan seksual sebagai rujukan dalam ceramah tersebut.


Selain itu, peserta turut diterangkan mengenai hak-hak mangsa, peranan saksi, dan tanggungjawab majikan, termasuk kewajipan melakukan siasatan serta mempamerkan notis kesedaran mengikut Seksyen 81F dan 81H Akta Kerja 1955.


Ceramah ini berjaya memberi pendedahan jelas tentang mekanisme undang-undang dan keperluan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, beretika dan bebas daripada buli serta gangguan seksual.

 




 

© 2026 by Nor Zabetha Chinna & Co

 

bottom of page