top of page

Know your right: Legal literacy in the digital leadership Era

NZC

30 Sep 2025

Wanita Era Digital Perlu Celik Undang-Undang, Tegas Peguam Dalam Future:FEM Symposium 2025

KUALA LUMPUR, 30 September 2025 — Kepentingan wanita memahami hak undang-undang dalam dunia digital menjadi fokus utama sesi “Know Your Rights: Legal Literacy in the Digital Leadership Era” yang dibentangkan oleh Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co dalam Future:FEM Symposium 2025. Know your right Legal Literacy.


ree

Sesi tersebut menekankan bahawa wanita masa kini berdepan cabaran baharu seperti gangguan seksual digital, diskriminasi kerja, ketirisan data dan penyalahgunaan kuasa dalam talian — menjadikan literasi undang-undang sebagai kemahiran penting dalam kepimpinan moden.

Pembentangan turut memaparkan contoh antarabangsa seperti Rwanda, yang kini mencatat 61.3% wanita dalam Parlimen, sebagai bukti bahawa peningkatan penyertaan wanita mampu memacu transformasi negara.


Selain sejarah diskriminasi seperti Malleus Maleficarum, sesi ini turut mengupas kes-kes mahkamah Malaysia termasuk gangguan seksual di tempat kerja, larangan purdah dan diskriminasi kehamilan, bagi membantu wanita memahami perlindungan sebenar yang diberikan undang-undang.

Antara penambahbaikan terkini undang-undang yang diketengahkan termasuk cuti bersalin 98 hari, cuti paternity 7 hari, larangan pemecatan wanita hamil dan penubuhan Tribunal Anti-Gangguan Seksual 2022.


Sesi tersebut merumuskan bahawa wanita perlu celik undang-undang untuk melindungi diri, membuat keputusan tepat dan memimpin secara selamat dalam dunia digital yang semakin kompleks.


 

© 2026 by Nor Zabetha Chinna & Co

 

bottom of page