
NZC
28 Okt 2025
Menurut Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, keutamaan mesti diberikan kepada kenderaan kecemasan. Ini termasuk ambulans, jentera bomba, kenderaan kastam, polis dan kenderaan penjara yang sedang menjalankan tugas kecemasan dan memberi isyarat melalui siren, loceng atau hon dua nada.
WANGSA MAJU, 28 Oktober 2025- Puan Zabetha telah ditemu bual oleh program 999 TV3 yang disiarkan hari 28 Oktober 2025 jam 9 malam. Rakaman dijalankan berhubung satu isu tular melibatkan sekumpulan penunggang motosikal yang menghalang laluan ambulans di lebuh raya.
Ketika kejadian, ambulans tersebut sedang dalam misi menyelamat mangsa kemalangan. Walaupun siren telah dibunyikan dan hon diberikan beberapa kali, tindakan itu tidak diendahkan. Malah, terdapat penunggang yang membalasnya dengan aksi ‘Superman’.
Perbuatan sebegini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah mengancam nyawa. Dalam situasi kecemasan, setiap saat amat penting. Sebarang kelewatan boleh meningkatkan risiko terhadap mangsa yang memerlukan bantuan segera.

Menurut Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, keutamaan mesti diberikan kepada kenderaan kecemasan. Ini termasuk ambulans, jentera bomba, kenderaan kastam, polis dan penjara yang sedang menjalankan tugas kecemasan dan memberi isyarat melalui siren, loceng atau hon dua nada.
Sebagai pengguna jalan raya, kita wajib ke kiri, memberi laluan dan berhenti jika perlu. Kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada tindakan undang-undang dan denda.
Jalan raya bukan milik kita seorang. Kita semua memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan memastikan laluan kecemasan sentiasa diberi keutamaan.